Ahad, 3 Mei 2009

03.05.2009....

Entah...
dah banyak hari aku tak jengok blog mangkuk kepunyaan aku ni...
kosong..ya..segala2nya kosong....
tiada idea2 bernas di dalam kepala otak...
aku semakin kurang membaca, semenjak ada internet kat rumah...makin sedikit dan sedikit dan berdikit-dikit tahap pembacaan aku.. buku semakin banyak, sentiasa dibeli... tp setakat beli ja.. bukak & baca tadak pun... hahahaha... janji beli...

Entah.... (tajuk lagu iwan fals...memang best lagu dia)

mari kita berbicara mengenai peribadi...

Peribadi secara ringkasnya ialah kumpulan sifat-sifat dan kelebihan diri yang menunjukkan kelebihan seseorang daripada orang lain. Sehingga ada manusia besar dan manusia kecil. Ada manusia yang sangat bererti hidupnya dan ada yang tidak bererti sama sekali. Masuknya tidak menggenapkan dan keluarganya dan tidak mengganjilkan.
Peribadi juga adalah kumpulan sifat akal budi, kemahuan, cita-cita dan bentuk tubuh. Hal itu menyebabkanharga kemanusian seseorang berbeza dari yang lain...

- aku sedang membaca buku 'Peribadi' karangan HAMKA, sambil ciplak sikit masuk dalam blog nih... huhu...


Kata HAMKA: " Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya pula tidak berlebih berkurang. Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama harganya. Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia peribadinya."

1 ulasan:

CosaNosBerry berkata...

hmm..hehe.. jangan marah ek.. aku dah upload gambaq baru dalam blog aku..hehe..